
|
Precious One Them<3 Credits!
| Ramadan menjelang :) Hari yg ditunggukan umat Islam. Kan ? Bulan yang pernuh barakah (perhh, ayt eh pulak). Ape kate den nak kongsi ADAB-ADAB PUASA. Nak tak ? Ah hai, kau nak er taknak er, kesah pe den. Blog den, sukehati den lah :D Okay , MULA !
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) 2. Mulakan makan dengan kurma --> Sunnah Rasulullah 3. Segerakan solat maghrib selepas buka 4. Jangan makan lebihlebih Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. ( Surah Al-A'raf:31 ) 5. Berdoa ketika berbuka “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” ( Riwayat Ibn Majah ) 6. Berdoa kepada sesiapa yang jamu kita berbuka“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” ( Riwayat Abu Daud ) * Semoga dengan adabadab yg den bagi ni, boleh menambahkan pahala puasa kita. Amin :) -ASSALAMUALAIKUM-
|